Pantang Larang Ketika Memancing
(Laut/Sungai)
Pantang larang dipercayai
telah lama wujud bukan sahaja di alam Melayu bahkan diseluruh dunia. Pantang
larang telah diadakan bertujuan untuk menghalangi suatu perkara buruk berlaku
kepada pelakunya. Keunikkan masyarakat terdahulu melarang atau mencegah, mereka
tidak mengunakan dengan larangan straight to the point (terus terang), namun
mereka mengunakan kata kiasan sebagai wakil kepada kata larangan. Mungkin
disebabkan budaya masyarakat dahulu yang terbiasa dengan kata berkias, maka
wujudlah segala pantang larang ini terutama di alam Melayu. Masyarakat Melayu
pada dahulu kalanya sangat mempercayai pantang larang ini bahkan mereka
beranggapan ianya wajib diikuti bagi mencegah suatu yang buruk berlaku. Pantang
larang semasa mengail juga banyak. Justeru antara pantang larang yang masih
kita dapat temui atau masih dipraktikan terutama bagi kaki pancing sekarang
ialah:
*Dilarang menegur sesuatu yang ganjil
Jika seseorang itu hendak
pergi ke laut untuk menangkap ikan, dalam perjalanannya itu dilarang untuk
menegur sesuatu yang ganjil seperti sebuah perahu tanpa pengemudinya kerana
jika ditegur kemungkinan orang itu akan berjumpa dengan galap.
*Jangan sebut pergi memancing
Jangan sebut hendak pergi
kepada orang kerana ikan akan tahu kita akan memancingnya menyebabkan kita
tidak akan beroleh ikan (kepercayaan masyarakat puak iban).
*Mulut
Jangan cakap besar,
bongkak, takbur, celupar dan suka menyumpah semasa memancing.
Jangan membawa bekalan
telur ayam dan pulut kuning kerana laut merupakan tempat yang keras, kedua
makanan itu ada kaitannya dengan amalam “membuang ancak”.
*Kunyit dan Tepung
Jangan menggunakan umpan
tepung yang digaul dengan kunyit, dikhawatiri buaya akan mengamuk dan boleh
mendatangkan bahaya kepada pemancing kerana buaya tidak suka bau kunyit.
*Kaki
Jika tidur atau berehat di
atas bot jangan menjuntaikan kaki ke dalam air, kerana kaki akan kelihatan
putih dari dalam air dan dapat menarik perhatian buaya atau jerung.
*Kasut dan Selipar
Apabila memancing di dalam
bot atau sampan jangan memakai kasut atau selipar. Ada yang beranggapan bahawa
benda-benda di bawah (dalam air) tidak suka kepala mereka dipijak dengan
selipar atau kasut yang kotor. Ada juga mengatakan tangkapan ikan juga akan
meleset.
*Langkah batang pancing
Melangkah batang pancing
dikatakan bahawa batang pancing akan “suwei” dan menyebabkan tangkapan akan
meleset.
*Meludah Umpan
Terdapat dua versi, versi
pertama meludah umpan yang pertama sahaja, versi kedua meludah setiap kali
umpan yang dilabuh. Dipercayai sebagai isyarat membuat “suwei” dan ada juga
yang eranggapan sebagai daya penarik ikan atau udang.
*Jangan bawa pisang dalam perahu
Jangan bawa pisang ke
dalam perahu kerana ia membawa kepada celaka (kepercayaan orang barat). Mungkin
akan tergelincir jika terpijak kulitnya dan mengakibatkat kemalangan.
Walaupun sebilangan kepercayaan ini tidak dapat
dibuktikan secara logika dan sainstifik akan keberkesanannya, hal ini boleh
dipikirkan secara psikologinya. Dengan melakukan atau menghindari perkara di
atas akan meningkatkan kepercayaan diri pemancing dan menaikkan semangat
pemancing dalam melakukan aktiviti kailnya.