Friday, October 26, 2012

Pantang Larang Ketika Memancing (Laut/Sungai)
Pantang larang dipercayai telah lama wujud bukan sahaja di alam Melayu bahkan diseluruh dunia. Pantang larang telah diadakan bertujuan untuk menghalangi suatu perkara buruk berlaku kepada pelakunya. Keunikkan masyarakat terdahulu melarang atau mencegah, mereka tidak mengunakan dengan larangan straight to the point (terus terang), namun mereka mengunakan kata kiasan sebagai wakil kepada kata larangan. Mungkin disebabkan budaya masyarakat dahulu yang terbiasa dengan kata berkias, maka wujudlah segala pantang larang ini terutama di alam Melayu. Masyarakat Melayu pada dahulu kalanya sangat mempercayai pantang larang ini bahkan mereka beranggapan ianya wajib diikuti bagi mencegah suatu yang buruk berlaku. Pantang larang semasa mengail juga banyak. Justeru antara pantang larang yang masih kita dapat temui atau masih dipraktikan terutama bagi kaki pancing sekarang ialah:

*Dilarang menegur sesuatu yang ganjil
 Jika seseorang itu hendak pergi ke laut untuk menangkap ikan, dalam perjalanannya itu dilarang untuk menegur sesuatu yang ganjil seperti sebuah perahu tanpa pengemudinya kerana jika ditegur kemungkinan orang itu akan berjumpa dengan galap.

*Jangan sebut pergi memancing
Jangan sebut hendak pergi kepada orang kerana ikan akan tahu kita akan memancingnya menyebabkan kita tidak akan beroleh ikan (kepercayaan masyarakat puak iban).


*Mulut
Jangan cakap besar, bongkak, takbur, celupar dan suka menyumpah semasa memancing.



Membuang Jong: Membuang ancak
*Telur Rebus & Pulut Kuning
Jangan membawa bekalan telur ayam dan pulut kuning kerana laut merupakan tempat yang keras, kedua makanan itu ada kaitannya dengan amalam “membuang ancak”.


*Kunyit dan Tepung
Jangan menggunakan umpan tepung yang digaul dengan kunyit, dikhawatiri buaya akan mengamuk dan boleh mendatangkan bahaya kepada pemancing kerana buaya tidak suka bau kunyit.
*Kaki
Jika tidur atau berehat di atas bot jangan menjuntaikan kaki ke dalam air, kerana kaki akan kelihatan putih dari dalam air dan dapat menarik perhatian buaya atau jerung.


*Kasut dan Selipar
Apabila memancing di dalam bot atau sampan jangan memakai kasut atau selipar. Ada yang beranggapan bahawa benda-benda di bawah (dalam air) tidak suka kepala mereka dipijak dengan selipar atau kasut yang kotor. Ada juga mengatakan tangkapan ikan juga akan meleset.

*Langkah batang pancing
Melangkah batang pancing dikatakan bahawa batang pancing akan “suwei” dan menyebabkan tangkapan akan meleset.

*Meludah Umpan
Terdapat dua versi, versi pertama meludah umpan yang pertama sahaja, versi kedua meludah setiap kali umpan yang dilabuh. Dipercayai sebagai isyarat membuat “suwei” dan ada juga yang eranggapan sebagai daya penarik ikan atau udang.


Gambar hiasan

*Jangan bawa pisang dalam perahu
Jangan bawa pisang ke dalam perahu kerana ia membawa kepada celaka (kepercayaan orang barat). Mungkin akan tergelincir jika terpijak kulitnya dan mengakibatkat kemalangan.



Walaupun sebilangan kepercayaan ini tidak dapat dibuktikan secara logika dan sainstifik akan keberkesanannya, hal ini boleh dipikirkan secara psikologinya. Dengan melakukan atau menghindari perkara di atas akan meningkatkan kepercayaan diri pemancing dan menaikkan semangat pemancing dalam melakukan aktiviti kailnya.

1 comment:

  1. Best 8 casinos in Michigan - Mapyro
    Top 8 casino in Michigan 강릉 출장마사지 · Bovada Casino - Best $300 Welcome 충청북도 출장마사지 Bonus 부천 출장마사지 · Casino.ag - Highest Deposit Bonus on Sign Up · Casumo Casino - 동해 출장샵 Best Casino for 태백 출장안마 US Players.

    ReplyDelete